Sunday, December 23, 2012

Cara Penjagaan Kulit - My Style ( Update )

The other day, Anne ada post out produk penjagaan kulit yang Anne gunakan! So, hari ni, Anne nak post sikit, ala-ala diari sikit. Hoho... Contoh ni, Anne ambil hari yang memang pemalas giler babas, ni tahap dewa punya pemalas... Awas dewa-dewi ni sume tak wujud ya!? Anne pilih hari Khamis ya. Sebab Gel Pengelupasan guna 2 minggu sekali. Anne guna pagi Khamis dan Isnin. DIINGATKAN PADA SEMUA ANNE BUKAN PROMOTE ALAISYAH TAPI ANNE MEMANG GUNA PRODUK ALAISYAH.

8.00 Pagi - Baru nak mandi!! Oppss!! Ni memang giler punya pemalas ni. Skip cerita berus gigi, body shampoo, blablabla. Capai GEL PENGELUPASAN!  JANGAN BASAHKAN DULU KULIT TU!! Picit sikit GEL PENGELUPASAN tu letak kat tangan lepas tu, sapu je kat muka yang kering. Nanti gel tu akan cair, maka keluarlah sel kulit mati dan bintik hitam, dalam bentuk gumpalan kecil. Dah tu apa lagi, bilas kulit you all tu.

Lepas tu? Cuci muka macam biasa, dengan penggunaan PEMBERSIH PENCERAH MUKA! Macam mana? Picit sikit, letak kat tapak tangan, sapu kat muka, dagu, leher, dengan hujung jari. Guna 3 jari yang tengah, dan urut pembersih secara memutar... Dan kemudian, bilas.

9.00 Pagi - Nak keluar sekejap lagi, nak pergi beli barang. Apa? Tak payah tahu lar... Tengok atas meja! Hahaha... Anne tariklah kapas muka sehelai dua, tuangkan PENYEGAR LIANG PORI, tepek kat muka, dagu dan leher. Bila dah kering, Anne picit sikit SARI PELEMBAB AWET MUDA, sapu kat muka, dagu dan leher. Lepas tu, picit lak, PENCERAH KULIT. Sapu kat muka, dagu dan leher. Even pakai tudung kena sapu gak, sebab jaga kulit kena sekata.

Next, Anne akan coletkan KRIM KECANTIKAN kat dahi, hidung, pipi, dagu dan leher. Lepas tu, ratakan kat kulit muka, dagu dan leher. Lepas tu, Anne, sapu BB CREAM. Dah siap, tinggal nak mekap je. Lain kali Anne cerita macam mana Anne mekap.

1.00 Petang - Sampai umah semula ( Lama-lama sangat keluar nanti ibu marah ) Capai SKRUB MUKA, cuci mekap dengan air bersih. Lagi afdal kalo guna, air suam. Lepas tu guna, SKRUB MUKA macam guna PEMBERSIH PENCERAH MUKA. Lepas tu, amek air sembahyang, pergi sembahyang. Yang ni tak boleh malas, kalo tak, nanti kawin ada anak macam mana nak ajar anak. Hahaha... Lari topik...

Dah sembahyang, pakai balik PENYEGAR LIANG PORI dan SARI PELEMBAB AWET MUDA. Anne pakai PENCERAH KULIT sekali sehari je. KRIM KECANTIKAN ngan BB CREAM pakai bila nak bersolek. Kalau Anne kerja, atau masa kat kolej, hari-hari bersolek lah sekarang sebab tanam anggur, tak bersoleklah.

6.00 Petang - Cuci muka dengan PEMBERSIH PENCERAH MUKA.

SEBELUM TIDUR - Cuci muka dengan SKRUB MUKA.

Saranan Anne, gunakan air suam untuk mencuci muka. Bagus untuk membantu peredaran darah dan mengurangkan masalah liang pori tersumbat.

No comments:

Post a Comment